PESTA

PILIHAN PERSEMBAHAN PRODUKSI BERTANDING DI BAWAH :-

SILA PILIH PERSEMBAHAN
DI BAWAH :

TEATER
‘MANDATORI’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : MALICE VENTURES
16-17 Januari 2024
Di Studio Revolution Stage

SINOPSIS

Teater ini mengisahkan seorang lelaki bernama Azahari telah diperangkap didalam taktik permainan kotor Tan Sri Abdul Halim diatas sebab ingin mengahwini anaknya bernama Suri. Azahari juga telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis, Inspektor atas pertuduhan membunuh pemandu kepada Tan Sri Abdul Halim. Manakala, Mastura peguam kepada Azhari telah mengambil kes ini secara Pro-bono bagi menegakkan keadilan untuknya.

TEATER
‘RUANG KASIH SAYANG

(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : ARTISON PRODUCTION
17-18 Januari 2024
Di Pangkin@ejklsseni

SINOPSIS

Teater ini menceritakan tentang sekumpulan manusia yang menghadiri kelas lakonan atas sebab tersendiri. Pelajar-pelajar itu terdiri daripada seorang model, pelajar fakulti animasi, influencer, penghantar makanan dan orang awam. Kelas ini disediakan oleh Encik Marzuqi Adam Bin Rakin Kulub atau lebih selesa digelar Sir MARK. Sir Mark ini seorang bekas pelakon veteran yang sudah bersara tanpa menerima sebarang anugerah. Di sini Sir MARK akan diuji dengan sikap pelajar-pelajarnya dan pelajar akan diuji dengan kecerewetan Sir MARK. Pada akhirnya mereka akan mengenal pasti maksud sebenar seni lakonan itu adalah kasih sayang kita terhadap diri dan tuhan.

TEATER
‘TA’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : SWAKARYA
18-19 Januari 2024
Di ACS Studio

SINOPSIS

Ta. Di dalam era pos-apokalips, Ruby, Zayd, Thoriq, dan Jay dikurniakan kuasa ajaib setelah mereka tercampak ke alam lain disebabkan anomali yang berlaku di dunia nyata. Setelah 2 tahun hidup bertahan sebagai pelarian di dunia baharu, mereka semakin leka dengan nafsu dan keinginan di dunia tersebut— Harta, Wanita, Takhta. Kemunculan Tokwi sebagai insan yang sudi mempertahan dan melindungi mereka di dunia baharu setelah mereka berpecah-belah sehingga menyebabkan diri beliau sendiri terkorban untuk mempertahankan sifat teragung dalam hubungan mereka— Cinta.

TEATER
‘TIKA LANGIT RUNTUH’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : ESTRELLAS PRODUCTION
19-20 Januari 2024
Di Studio Revolution Stage

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Julia yang hilang arah mengenali dirinya yang lemas dek arus duniawi. Siapa sangka dalam mencari jati diri sebagai manusia, Julia mula keliru sebelum segala yang dia miliki hilang dalam satu malam. Mampukah masa itu berputar semula?

TEATER
‘ANTARA PENDOSA’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : RUMAH SERAK
20-21 Januari 2024
Di Pangkin@ejklsseni

SINOPSIS

Danial yang telah disabitkan bersalah dalam kes membunuh dengan niat, akhirnya telah dijatuhkan hukuman gantung oleh pihak berkuasa. Danial ditempatkan di dalam sel akhir. Keadaan bertukar menjadi agak tegang dan mengelirukan bagi Danial apabila dia mula dipertemukan dengan Suraya yang turut menunggu masa untuk hari penghukuman. Mereka berdua mula membicarakan tentang jenayah yang telah mereka lakukan sehingga mereka disabitkan hukuman gantung. Antara keluarga, diri sendiri, dan keadaan sekeliling, siapakah pendosanya? Dengan penuh kebingungan, mereka masing-masing meluahkan rasa penyesalan dan pertanyaan dengan penuh emosi untuk melepaskan rasa bersalah dengan menyalahkan keadaan yang mendorong mereka untuk melakukan jenayah tersebut. Adakah ini suatu suratan Danial dan Suraya berjumpa pada saat terakhir mereka sebelum hukuman dijatuhkan? Atau…

TEATER
‘JALAN YANG KALSOM

(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : KULTUS KAKTUS
21-22 Januari 2024
Di ACS Studio

SINOPSIS

Jalan Yang Kalsom menggarap pertentangan antara cinta dan cita-cita, antara kasih sayang dan impian. Mari telusuri pahit manis, duka derita di Jalan Yang Kalsom. Adakah cita-cita berjaya mengalahkan cinta?

TEATER
‘KERANA SHA’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : PRABANGKARA
22-23 Januari 2024
Di Studio Revolution Stage

SINOPSIS

Kerana Sha mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Gibran yang keliru dengan seksualitinya. Dia ditekan dengan masalah kerja dan perhubungannya bersama Kemboja. Kemboja seorang perempuan yang telah bersama Gibran selama 2 tahun. Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah Gibran mendapat satu tugasan yang luar dari bidang kerjanya. Dia perlu menemu ramah seorang pelacur bernama Sha.

TEATER
‘FEMININ’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : ACS PRODUCTION
23-24 Januari 2024
Di Pangkin@ejklsseni

SINOPSIS

Feminin 101 mengisahkan malam Candle Light Dinner mewah Ara dan Faiz yang dipenuhi dengan kejutan, dari pergaduhan kecil di tandas hingga konfrontasi dengan bekas kekasih Faiz, Ayu. Ketegangan tumbuh ketika lelaki yang selalu menganggu Ara muncul, memicu pergaduhan di meja makan. Adegan penuh dramatik melibatkan kesilapan panggilan pelayan, cemburu, dan tarian
kompetitif. Pertengkaran antara Faiz dan Remy mencetuska persoalan besar dalam perhubungan Faiz dan Ara iaitu perbezaan cara dan pegangan hidup antara mereka dan keluarga mereka. Ara berjumpa
dengan keluarga Faiz bagi menyimpulkan perhubungan ke peringkat seterusnya. Pertembungan lebih
besar adalah Ara dan Faiz berhadapan dengan keluarga yang lebih konservatif

TEATER
‘DUNIA PEREMPUAN’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : DRAMASTAGE PRODUCTION
24-25 Januari 2024
Di ACS Studio

SINOPSIS

Penindasan terhadap kaum perempuan sudah menjadi trend di sosial media kini yang akan memperlihatkan kelemahan dan kejatuhan seorang perempuan. Dunia Perempuan mengisahkan tentang Hakim yang telah beribu kali dinasihatkan oleh maknya agar mencari kerja yang lebih bagus supaya dapat meminang anak dara Anju, Marissa. Namun, Hakim tidak mengambil serius dengan nasihat itu, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bagi Hakim, perempuan terlalu complicated untuk hidup bersamanya. Pandangan Hakim terhadap perempuan, “mereka hanya menunggu semua perkara muncul depan mata tanpa tahu penat lelah seorang lelaki untuk usahakannya”.

TEATER
‘SPEK CAKBIS

(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : PROJEK SPEKTRUM
25-26 Januari 2024
Di Studio Revolution Stage 

SINOPSIS

Sebuah kisah mengenai pasangan yang berpasangan lama melalui dating program, Vimal dan Naina tidak lama kemudian mula mempersoalkan konflik realiti kehidupan yang berlaku pada mereka.

TEATER
‘BERCANDA TIKA FAJAR MENYINSING’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : KARYA KITA PRODUCTION
26-27 Januari 2024
Di Pangkin@ejklsseni

SINOPSIS

Tiga orang pesalah berkumpul di satu tempat bernama Dewan Kebenaran. Masing-masing mula bertengkar tentang persoalan erti sebuah kehidupan. Apakah hidup di dunia hanya sekadar perlu bekerja sehingga mati atau kebenaran sebenar kita perlu mati di dunia sebelum benar-benar hidup kembali. Perbicaraan tanpa penghujung menyebabkan manusia mula membuka topeng wajah mereka yang selama ini berselindung disebalik kepentingan masing- masing.

TEATER
‘DENGAN KUASA MADU AKAN MENGHUKUMMU’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)

Oleh : PARANHA PERFORMING ARTS ASSOCIATION
27-28 Januari 2024
Di ACS Studio

SINOPSIS

Di negara yang indah bernama Solara, empat isteri Perdana Menteri Eldric – Lilandra Ratu Api, Seraphine Puteri Air, Terra Permaisuri Tanah, dan Aerith Dewi Angin- memerintah bersama-sama. Mereka bukan sahaja isteri kepada Eldric, tetapi juga merupakan menteri utama negara tersebut. Namun, perselisihan dan konflik antara mereka kerap kali menggugat kestabilan Solara.