
MEMBAWAKAN
PERSEMBAHAN DI
STUDIO
REVOLUTION STAGE
PILIHAN PERSEMBAHAN YANG BERLANGSUNG.
TEATER
JAM DINDING YANG BERDETAK
(KLIK POSTER UNTUK TERUSKAN PEMBELIAN)
ANJURAN PEPSTER
27 OGOS – 31 OGOS 2025
TEATER JAM DINDING YANG BERDETAK
SINOPSIS
Kehidupan dalam kemiskinan membuatkan sebuah keluarga 4 beranak sanggup berbuat apa sahaja demi kelangsungan dan mengubah kehidupan. Masing-masing berdepan dengan konflik dalaman yang cuba diselindungkan. Keputusan yang dipilih, semuanya hanya berpaksikan pada satu, iaitu kebahagiaan. Malam ulangtahun perkahwinan ke 25 yang bakal mengamit kenangan serta kemanisan rumah tangga, juga bakal menjadi erti kebahagiaan yang layak dikecapi keluarga kecil ini. Jam dinding yang berdetak menjadi saksi pengorbanan dan kasih sayang dalam kemiskinan.
TEATER
ZOMBI
KEHIDUPAN FASA KEENAM
(KLIK POSTER UNTUK TERUSKAN PEMBELIAN)
ANJURAN PERTUBUHAN LESTARI WARISAN
4 SEPTEMBER – 7 SEPTEMBER 2025
TEATER ZOMBI
KEHIDUPAN FASA KEENAM
SINOPSIS
Mengisahkan tentang Kalid, seorang pemuda dari Kota Putih, meninggalkan keselamatan kota untuk mencari ibu bapanya yang hilang sejak kecil. Dalam perjalanannya, dia terperangkap bersama seorang lelaki tua gila yang penuh dendam dan seorang gadis kecil bernama Tasha. Konflik misi peribadi, janji yang diingkari, dan rahsia masa lalu akhirnya membawa Kalid kepada penemuan menyakitkan, bahawa orang yang dicarinya selama ini sebenarnya berada di sisinya. Namun penyesalan datang terlalu lewat, ketika matahari terbit dari barat menandakan berakhirnya zaman cinta dan kemanusiaan.
PENDAFTARAN BARU
KELAS SENI : #FIRSTTIMEWORKSHOP
TAHUN 2025
*DAFTAR KELAS SEKARANG*
(KLIK POSTER UNTUK INFO LANJUT)
Kelas Seni : #FirstTimeWorkshop merupakan sebuah kelas anjuran Revolution Stage sejak tahun 2011 dan mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat dan banyak melahirkan penggiat-penggiat baru sama ada sebagai seorang pelakon, pengarah, penulis skrip malah menjadi punca wujudnya kumpulan-kumpulan teater dan seni lain yang kini kian bergerak secara aktif.