MEMBAWAKAN
PERSEMBAHAN DI
STUDIO
REVOLUTION STAGE
PILIHAN PERSEMBAHAN YANG BERLANGSUNG.
THE QUIET EMBER
(KLIK POSTER UNTUK TERUSKAN PEMBELIAN)
ANJURAN ZCORE ENTERTAINMENT
18 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2026
SINOPSIS
SINOPSIS PELANGI SELEPAS HUJAN
Pelangi Selepas Hujan. Selepas menemui anaknya mati dirogol oleh suaminya, seorang ibu yang trauma mengharungi satu pagi yang penuh kesedihan dan delusi sebelum akhirnya menghadapi kebenaran yang meruntuhkan hidupnya.
SINOPSIS PAKSI
Kehidupan harian Idris sebagai seorang khidmat pelanggan di tengah ibukota seperti suatu putaran. Hari-hari Idris dipenuhi dengan caci maki dari pelanggan. Suatu hari Idris mengejar peragut yang meragut Laila dan Idris dipukul di bahagian kepala sehingga Idris pengsan. Idris sedar di alam koma yang penuh dengan kehijauan. Idris cuba mencari jalan keluar dari alam koma tetapi gagal itu memperbaiki dirinya dan masalah yang di hadapi pada masa silam. Pada akhirnya Idris tersedar dari koma di sebuah wad yang gelap. Kedengaran suara memanggilnya untuk keluar dari alam koma itu tetapi Idris tidak mahu.
SINOPSIS SWITCH
Selepas mencuri sebuah barangan rahsia milik kerajaan, seorang lelaki menjadi buruan seorang pemburu upahan elit. Namun, kerajaan mempunyai satu senjata yang lebih berbahaya daripada sekadar kekerasan. SWITCH, sebuah teknologi rahsia yang mampu memaksa seseorang mengimbas kembali memori masa lalunya. Kini, melalui soal siasat yang ekstrem, setiap serpihan ingatan lelaki itu dibongkar untuk mencari lokasi barangan yang hilang. Tetapi semakin dalam mereka menyelami masa lalunya, semakin jelas bahawa ada sesuatu yang jauh lebih besar sedang disembunyikan.
SINOPSIS 0112
Seorang pemuda berusia 24 tahun keluar mencari adiknya, Sara, yang pergi bersama teman lelakinya selepas mereka bertengkar. Dibantu seorang lelaki misteri, dia menemui Sara di sebuah lorong dan cuba menyelamatkannya daripada Shaun.
Namun, realiti yang mengerikan terbongkar, Sara sebenarnya telah dibunuh oleh Shaun, manakala segala kejadian yang dialami pemuda itu hanyalah bayangan fikirannya. Dia sebenarnya berada di wad pengasingan sebuah institusi mental, terperangkap dalam trauma kehilangan adiknya.

