MEMBAWAKAN

PERSEMBAHAN DI
STUDIO
REVOLUTION STAGE

PILIHAN PERSEMBAHAN YANG BERLANGSUNG.

TEATER
ASRAMA-RA
(KLIK POSTER UNTUK TERUSKAN PEMBELIAN) 

ANJURAN PUSPA KARYA
11 JUN – 15 JUN 2025

TEATER ASRAMA-RA
SINOPSIS

Mengisahkan sekumpulan pelajar perempuan yang terpilih menjadi pengawas sekolah. Pada malam terakhir kem kepimpinan exco pengawas di sekolah mereka, pelbagai kejadian berlaku sehingga malam mereka di asrama berubah menjadi mimpi ngeri apabila rahsia agung setiap seorang daripada mereka mula terbongkar. Rahsia agung pada akhirnya berkait dengan kematian rakan karib mereka yang membunuh diri di asrama tersebut. Dalam kekeliruan antara mimpi dan realiti, mereka terpaksa berdepan dengan kebenaran yang menggugat persahabatan, maruah dan masa depan mereka.

     PERSEMBAHAN DI AUDITORIUM BANDARAYA,
    MENARA DBKL

    PILIHAN PERSEMBAHAN YANG BERLANGSUNG.

    TEATER MUZIKAL
    ZAFFANA : SRIKANDI ZAPIN
    (KLIK POSTER UNTUK TERUSKAN PEMBELIAN) 

    ANJURAN MAJLIS BELIA MALAYSIA, MBM CAPITAL DAN REVOLUTION
    31 JULAI – 3 2025

    ZAFFANA : SRIKANDI ZAPIN
    SINOPSIS

    Mengisahkan Drama Muzikal tentang Rahayu, Sakiman, dan anak perempuan mereka, Zaffana, yang dijalinkan erat dengan tarian Zapin. Kehilangan tragis Sakiman menyebabkan Rahayu menolak Zapin, menenggelamkan dirinya dalam kesedihan. Namun, Zaffana, mewarisi kecintaan terhadap Zapin daripada kedua ibu bapanya, bertegas untuk meneruskan legasi tersebut. Meskipun berdepan dengan tentangan ibunya dan ejekan rakan sebaya yang menganggap Zapin kuno dan usang, Zaffana tetap berlatih gigih, tekad untuk membuktikan keindahan dan kekuatan tarian tersebut. Puncaknya, Zaffana menyertai pertandingan Zapin peringkat negeri, menghadapi cabaran hebat dan tekanan yang melampau. Dengan penuh dedikasi dan kemahiran, beliau berjaya menjuarai pertandingan tersebut, membuktikan bakatnya yang luar biasa dan menghidupkan semula semangat Zapin bukan sahaja dalam dirinya sendiri, malah dalam hati ibunya yang selama ini terluka. Kemenangan Zaffana menandakan perdamaian, penyembuhan, dan kesinambungan warisan keluarga, serta mengukuhkan semangat Zapin sebagai warisan budaya yang perlu dipelihara. Kisah ini mengupas tema kehilangan, tradisi, ketabahan, dan kekuatan ikatan kekeluargaan.

    PENDAFTARAN BARU
    KELAS SENI : #FIRSTTIMEWORKSHOP
    TAHUN 2025

     *DAFTAR KELAS SEKARANG*
    (KLIK POSTER UNTUK INFO LANJUT)

    Kelas Seni : #FirstTimeWorkshop merupakan sebuah kelas anjuran Revolution Stage sejak tahun 2011 dan mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat dan banyak melahirkan penggiat-penggiat baru sama ada sebagai seorang pelakon, pengarah, penulis skrip malah menjadi punca wujudnya kumpulan-kumpulan teater dan seni lain yang kini kian bergerak secara aktif.