MEMBAWAKAN
PERSEMBAHAN TEATER
DI PANGGUNG BANDARAYA,
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
(DBKL).
PILIHAN PERSEMBAHAN YANG BERLANGSUNG.
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN TIKET)
PERSEMBAHAN
TEATER MUZIKAL SUDIRMANIA
ANJURAN PERTUBUHAN PEMERAN SENI TEATER
DENGAN SOKONGAN JKKN SELANGOR DAN REVOLUTION STAGE
27 HINGGA 29 DISEMBER 2024
(PERTANYAAN : KLIK SINI)
SINOPSIS PERSEMBAHAN
TEATER MUZIKAL SUDIRMANIA
SUDIRMANIA akan menjadikan Konsert Gergasi Chow Kit Road sebagai latar tempat. Berlatarkan tahun 1986, mengisahkan tentang beberapa kumpulan remaja dari latar kampung, bandar dan pinggir bandar yang terlalu meminati Sudirman dan ingin pergi ke Konsert Gergasi Sudirman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Ramlan menerima jemputan perkahwinan dari bekas kekasihnya, Zeti yang tinggal di bandar. Zeti bakal berkahwin dengan Osman tanpa kerelaannya sehari selepas konsert gergasi tersebut. Yusuf pula, ayah kepada Ramlan, tekad mahu ke bandar berjumpa dengan bekas isterinya. Mereka mahu bertemu pada konsert tersebut. Manakala, beberapa orang mat ganja yang bermaustautin di Chow Kit merasakan konsert ini bakal menganggu ketenteraman tanah pusaka mereka yang selama ini sunyi. Mereka mahu melakukan kegiatan menyeluk saku mereka di konsert itu nanti. Drama rencaman emosi ini yang penuh dengan percintaan, perbalahan, hubungan kekeluargaan dan persahabatan, pengkhianatan dan kesetiaan digarap mesra melalui babak dan lagu-lagu seniman Sudirman melalui lirik-lirik magis nyanyiannya yang menikam jiwa.