MEMBAWAKAN

PERSEMBAHAN DI STUDIO REVOLUTION STAGE

PILIHAN PERSEMBAHAN YANG BERLANGSUNG.

TEATER
BU.SEBANGKU.RIT
(KLIK POSTER UNTUK TERUSKAN PEMBELIAN) 

ANJURAN REVOLUTION STAGE
30 MEI – 1 JUN 2025

TEATER BU.SEBANGKU.RIT
SINOPSIS

Di sebuah taman yang sunyi, dua lelaki asing duduk sebangku — masing-masing membawa luka hati yang dalam. Abu, seorang lelaki yang terlalu mencintai, memilih untuk memutuskan pertunangannya kerana merasa dirinya tidak layak. Zamrit pula, dalam amarah dan ego, memutuskan hubungan secara drastik hanya kerana merasa tidak dipedulikan.

Pertemuan yang bermula dengan salah faham ini berubah menjadi satu perjalanan emosi yang penuh ledakan, tawa, tangisan, dan refleksi diri. Dengan hanya sebuah bangku taman sebagai saksi, dua hati yang hancur saling membuka kisah, saling mengkritik, dan akhirnya saling menyembuhkan.

“BU.SEBANGKU.RIT” bukan sekadar kisah cinta yang berakhir, tetapi tentang ketakutan lelaki untuk mengakui kelemahan, tentang ego yang membunuh perhubungan, dan tentang keberanian untuk mencintai kembali. Skrip ini mengangkat suara lelaki yang sering diam dalam derita, dalam nada komedi gelap yang menyentuh dan menyedarkan.

Sebuah naskhah satira emosional — menyentuh, menyindir, dan menyembuhkan.
Kerana kadang-kadang, untuk menjadi lelaki sejati, kita harus berani menangis.

    TEATER
    ASRAMA-RA
    (KLIK POSTER UNTUK TERUSKAN PEMBELIAN) 

    ANJURAN PUSPA KARYA
    11 JUN – 15 JUN 2025

    TEATER ASRAMA-RA
    SINOPSIS

    Mengisahkan sekumpulan pelajar perempuan yang terpilih menjadi pengawas sekolah. Pada malam terakhir kem kepimpinan exco pengawas di sekolah mereka, pelbagai kejadian berlaku sehingga malam mereka di asrama berubah menjadi mimpi ngeri apabila rahsia agung setiap seorang daripada mereka mula terbongkar. Rahsia agung pada akhirnya berkait dengan kematian rakan karib mereka yang membunuh diri di asrama tersebut. Dalam kekeliruan antara mimpi dan realiti, mereka terpaksa berdepan dengan kebenaran yang menggugat persahabatan, maruah dan masa depan mereka.

      PENDAFTARAN BARU
      KELAS SENI : #FIRSTTIMEWORKSHOP
      TAHUN 2025

       *DAFTAR KELAS SEKARANG*
      (KLIK POSTER UNTUK INFO LANJUT)

      Kelas Seni : #FirstTimeWorkshop merupakan sebuah kelas anjuran Revolution Stage sejak tahun 2011 dan mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat dan banyak melahirkan penggiat-penggiat baru sama ada sebagai seorang pelakon, pengarah, penulis skrip malah menjadi punca wujudnya kumpulan-kumpulan teater dan seni lain yang kini kian bergerak secara aktif.