MEMBAWAKAN
PERSEMBAHAN
PROJEK BILIK SEMPIT
“Sebuah usaha membangkitkan kesenian persembahan dalam suasana norma baru”
REVOLUTION STAGE (RS) mengadakan PERSEMBAHAN DI STUDIO RS (FIZIKAL) dan juga tayangan PERSEMBAHAN ATAS TALIAN (ONLINE) samada secara live streaming mahupun rakaman. Ianya adalah usaha memutuskan rantaian virus Covid-19 dan dalam masa yang sama membangkitkan semula seni persembahan yang terkesan olehnya.
PERSEMBAHAN DI STUDIO REVOLUTION STAGE
PILIHAN PERSEMBAHAN YANG BERLANGSUNG.
PERSEMBAHAN
‘PROJEK GADISKU’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)
ANJURAN REVOLUTION STAGE
20 – 24 MAC 2024
YANG BAGIMANA?
PROJEK GADISKU
PROJEK GADISKU merupakan sebuah persembahan gabungan dua drama pentas dengan dua orang pengarah yang mempersembahkan dua pementasan teater yang bertajuk KEKASIHKU dan AZIZAH. Sinopsis seperti berikut :-
Kekasihku ini mengisahkan tiga orang gadis bertengkar berkenaan Redza, seorang lelaki yang ketiga-tiga mereka cintai. Damia, gadis manja dan periang, diherdik kerana sering menghabiskan duit Redza. Kiki, gadis tomboy, diperli kerana dia tak lebih dari sekadar kawan baik kepada Redza. Ruhiah, gadis peramah dan anggun, dituduh penyebab Redza selalu tidak bermaya.
Seorang gadis bernama Azizah mencintai seorang pemuzik bernama Ramli. Zaitun iaitu tunang kepada Ramli begitu sedih dan kecewa apabila mendapat tahu bahawa Ramli telah memutuskan pertunangan mereka disebabkan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar. Tambahan pula Ramli ialah seorang pemuzik yang tidak ada kedudukan, hanya berharap kepada cinta untuk dihidangkan kepada Zaitun. Bagaimanapun Ramli terlalu mencintai Azizah dan berasa kasihan terhadap Zaitun yang selama ini terus berusaha untuk menjaga hubungan mereka. Ramli akhirnya mendapat tawaran bekerja di kota atas pertolongan rakannya, Aziz.
PERSEMBAHAN
‘TEATER MALAM KELIWON @COLONIAL’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)
ANJURAN REVOLUTION STAGE
27 – 31 MAC 2024
SINOPSIS
MALAM KELIWON @COLONIAL
MALAM KELIWON @COLONIAL berkisahkan tetang lima sekawan yang pernah duduk serumah, lari meninggalkan tempat tinggal mereka akibat berlaku kejadian pada suatu malam. Mereka berkumpul semula untuk menceritakan apa yang berlaku pada malam kejadian tersebut. Adakah kejadian yang mereka alami itu berkait antara satu sama lain? Atau sebenarnya ada kisah disebaliknya.