
PROJEK SASTERA INDIE merupakan sebuah persembahan drama pentas dari buku Kompenan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan konsep indie, yakni secara runcit dan kecil di ruang yang kecil tanpa mengurangkan nilai artistik karya tersebut. Projek ini dilaksanakan bertujuan mengimarahkan semangat para pelajar sekolah peringkat menengah untuk berani melaksanakan persembahan drama sastera dengan hanya secara kecil, menggunakan ruang dan skala yang kecil, dan tidak perlu menggunakan kos yang besar untuk mementaskan sebuah drama atau teater, yang utama sesi pembelajaran lebih jelas dan berjaya, ini kerana Drama Pentas adalah untuk dipentaskan bagi menikmati nilai seninya dan bukan sekadar dibaca dalam kelas.
SILA PILIH PERSEMBAHAN
DI BAWAH :
TEATER
‘ANNA’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)
KERJASAMA PARALLACT ART DAN
REVOLUTION STAGE
ARAHAN AZIZI NAZRIL
(Jam 10 malam | 5 – 9 April 2023)
SINOPSIS ANNA
Drama “Anna” karya Kemala bertemakan / membawa pemikiran tentang pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami isteri yang berasal dari negara, bangsa dan latar belakang keluarga yang berbeza. Watak suami, iaitu Zai berketurunan Melayu, manakala isterinya Anna peranakan Inggeris dan Melayu. pergolakan ini berlaku kerana Anna kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suaminya Zaki dan menganggap Zaki terlebih sayang kepada ibunya Mak Munah. konflik timbul apabila Anna terasa dirinya diabaikan dan cinta mereka semakin pudar. Anna bertindak dengan mengambil keputusan pulang kepada daddy di London.
TEATER
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)
KERJASAMA TiTK PRODUCTION DAN REVOLUTION STAGE
ARAHAN SAIFULWAZIEN
(Jam 10 malam | 12 – 16 April 2023)
SINOPSIS BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Kehidupan remaja pada masa ini penuh dengan kesenangan. Segala keperluan berada di depan mata, kemewahan berada dalam genggaman mereka. Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sebenarnya menjadi duri dalam daging dan mencetuskan permasalahan ini. Pemerintah telah dapat menghidu ancaman ini. Sekiranya pada masa akan datang remaja ini sentiasa dimanjakan, keperluan diri sendiri tidak mampu untuk dipenuhi. Maka, satu program untuk membentuk modal insan yang berkarisma telah diadakan. Setiap remaja lepasan sekolah dan mereka yang berumur 17-21 tahun akan dikumpulkan secara berperingkat-peringkat dalam satu kem selama tiga bulan. Mereka akan dilatih dengan pelbagai ilmu yang pastinya berguna untuk diri mereka kelak. Namun, masih ada antara mereka yang cuba mengelak untuk menyertai program ini. Pelbagai alasan dicipta demi meloloskan diri daripada menyertainya. Maka, terpancarlah sifat pro dan kontra dalam jiwa setiap remaja kini.
TEATER
‘MAT PIAH DAN MR. BLACKWAY’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)
KERJASAMA LAPANTIGA PRODUCTION DAN REVOLUTION STAGE
ARAHAN ANWAR RUSDINI
(Jam 9 malam | 11 – 14 MAY 2023)
SINOPSIS MAT PIAH DAN MR BLACKWAY
Muhammad Hanifah atau lebih dikenali dengan nama MAT PIAH, seorang bekas pesakit mental. Dia mencari nafkah hidup dengan menjadi penarik beca di Georgetown. MAT PIAH tidak mempunyai rumah dan hidup berkelana dengan becanya di sekitar bandar Georgetown. Rumah dan dunia MAT PIAH ialah becanya. Itulah sahaja harta yang dia ada. Biarpun telah pulih, sesekali MAT PIAH masih mengalami halusinasi. Pada suatu dinihari, MAT PIAH mengambil penumpang terakhirnya yang berpakaian serba putih di hadapan hotel E&O bernama JAMES ROLLAND BLACKWAY. BLACKWAY pandai bertutur bahasa Melayu dan mendakwa dia ialah teman baik Francis Light. MAT PIAH pada mulanya menyangka BLACKWAY sedang mabuk dan dia melayan lelaki Inggeris itu sekadar
untuk bersenda, tetapi BLACKWAY menimbulkan provokasi yang membuatkan MAT PIAH menjadi keliru,
sama ada dia kembali gila atau BLACKWAY yang sebenarnya gila.
TEATER
‘BUKAN GILA’
(KLIK POSTER UNTUK PEMBELIAN)
KERJASAMA ASTERIK ANAK SENI DAN REVOLUTION STAGE
ARAHAN ALIFF ADZHAM
(Jam 9 malam | 7 – 11 Jun 2023)
SINOPSIS BUKAN GILA
Drama Bukan Gila karya Sharif Shaary ini mengisahkan kehidupan seorang watak yang bernama Azmir yang mana dia telah dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikiran Azmir sentiasa berada dalam keadaan bercelaru sehingga dia membayangkan kehadiran beberapa kehadiran watak seperti Ani, bapa dan Pak Haji yang memaksa dia berdialog dengan mereka. Setiap dialog-dialog yang diucapkan oleh Azmir kepada Ani, bapa dan Pak Haji telah memperlihatkan serta menjelaskan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir dalam kehidupannya yang dikatakannya “Bukan Gila”.